
Hi assalamualaikum…..
Entahlah, aku tak tahu bagaimana untuk mula menceritakan atau katakan apa yang sepatutnya.
But, honestly it took a lot of guts for me to share this, but please take as an awareness. Looking back to 2021, so much happened to me. I’m not sure where to begin, but there’s one night that still haunts me.
Entahlah, aku tak tahu kenapa aku sampai ke situ, haru biru aku tiada siapapun tahu. Tapi cerita ini hanya ingin di kongsi bukan untuk simpati.
Sumpah, ini yang lahir dari hati.
Borderline Personality Disorder, penyakit aku. Sejenis gangguan personaliti yang mungkin lahir dari genetik, trauma masa kecil dan mungkin tidak ketidakseimbangan kimia otak.
Gila? Bukan, dan ini bukan kelemahan. Aku cuma anggap ini ujian untuk aku bertahan dengan dunia yang penuh kesialan.
Tapi ada satu malam yang aku tak akan lupakan. Lebih dari lapan belas biji panadol aku telan untuk cuba tamatkan.
It’s a crazy night.
Aku cuba tidur, lelapkan mata dan berharap esok hari aku dah tiada. Tapi Allah itu ada, Yang Maha Penyayang. Itu Dia.
On that night, I started feeling strange… woke up around 3 or 4 AM, I think. I was sweating.
Tekak aku loya.
Entah kenapa, masa tu aku teringat orang-orang yang sayang aku. Teringatkan apa yang mereka rasa kalau betul-betul aku tiada.
Dan ada satu perasaan yang kuat katakan— aku perlukan bantuan.
Pagi itu, aku tersedar lagi. Rasa penat yang teramat. Aku patut pergi kerja tapi aku tak daya.
Tapi entah macam mana, aku boleh rasa nak pergi klinik. Tapi aku tak tahu nak cakap apa. Gila, tak masuk akal langsung. Entah macam mana aku boleh kuatkan diri pergi klinik. Naik grab, ya naik grab. Sampai-sampai je aku cuma cakap aku demam. Loya-loya. Bila jumpa doktor. Aku diam, dan tak semena-mena. Aku menangis berteriakan. Tapi dia cuba menenangkan dan tanyakan kenapa. Dr. Ainul, sampai sekarang aku ingat nama dia.
“Mati, aku nak mati” — Itu yang aku ulang sambil nangis.
Dia cuba tenangkan aku lagi. Sampai aku boleh ceritakan apa yang jadi. Lama jugak kat dalam bilik tu. Barulah dia rujuk aku ke Hospital Tuanku Jaafar.
Got into the ambulance— at that moment, I don’t even know. I didn’t know what I was feeling. What I was thinking. Kosong.
Sampai HTJ, aku jumpa psikiatri. Kena masuk air. Ceritakan lagi apa yang dah jadi. Tapi kalini, dia cuba cari gali. Jawapan yang sepatutnya, cerita yang sebetulnya.
Yeah, I just went through a breakup. And not just that, I started to used drugs.
Cuba untuk melupakan, cuba untuk melepaskan. Tapi makin mengingatkan. Jadi aku cuba tamatkan.
Methamphetamine.
Benda paling jahat dalam badan aku, sampai sekarang buat aku haru biru.
Dan dari itu, aku mula bercinta dengan klinik psikiatri dan kesihatan mental. Hahaha.
Cuma pada awalnya, aku cuma faham yang aku ini mungkin “gila” sebab dadah sahaja. Tapi bila aku lalui satu demi satu pada setiap temu janji. Baru aku mengerti.
They told me human feelings are like an iceberg— most of them hidden beneath the surface.
Kita mungkin nampak ais tu kecil, tapi belah bawah tu, punyalah besar tak terkata. Jadi bukan sebab berasapkan si syabu itu.
Like I said, BPD doesn’t come from just one thing. It usually happens because of a mix of stuff—biology, psychology, and what you go through in life. For me, maybe it started from childhood… like emotional, physical, or even sexual abuse. Maybe I didn’t get the emotional support I needed, or I was felt being abandoned. I did grow up in a pretty chaotic family, so that could’ve played a part too.
It might also be something in my genes, or from being in an environment where my feelings were always shut down. You know, being told I’m “too sensitive” or “overreacting”, or just being ignored when I was trying to express how I felt.
Apa sahaja mungkin.
Dan disebabkan itu, aku menyakitkan diri.
Being impulsive.
Sampai sekarang aku cuba untuk menyembuhkan dan entah sampai bila aku akan bertahan.
Oh ya, seperti yang aku ceritakan sebelum ini. Aku cuba lari ke Kuala Lumpur. Lari dari yang pernah menyakiti ke kota yang penuh dengan cinta dan benci. Kalau aku silap lagi, mungkin aku hancur.
Dan aku ketemu dia.
Salah aku juga, aku lupa aku belum masih sembuh dan dia bukan vaksin. Aku pula porselin.
Selama tiga tahun sampai sekarang aku sedar. Aku bukan sahaja menyakitkan dia, tapi aku sendiri terluka.
Jadi aku bukan patut bagi badan dan mental aku berehat. Tapi juga hati, sebab dah penat.
Dengan baran aku tidak semena,
Dengan diam aku kadang berhari tak terkira,
Dengan perangai berubah-ubah menggila.
Aku kasihankan mereka.
I’m exhausted from all splitting… Or questioning every night whether their love still there, or if it ever was.
Untuk sesiapa sahaja yang rasa mental terganggu, pergi cari bantuan— jangan tunggu.
Untuk dia, terima kasih bertahan sampai takat yang kau mampu.
Sampai situ sahaja cerita kita.
Dan untuk cerita aku, masih lagi penuh tanda tanya.