Everything's a copy of a copy of a copy.
Bismillahirrahmanirrahim...
Yeap, I take a quote from Chuck Palahniuk, a writer of Fight Club for my new post......
Lol, actually this post should be published in February, but I got so much things to do.
Yeah, whatever....
As you know, Karl Lagerfeld has left this fashion industry and this world as well on 19th February because of pancreatic cancer in the age of 85.
Agak menyedihkan sebenarnya tapi dalam masa yang sama aku memang mengharapkan House of Chanel diubah kreatif direktornya. Aku mahukan idea-idea yang segar. Karl bukan nyanyuk. Dia diantara pereka-pereka termahsyur, berpotensi tinggi, bijak dan bersahabat baik dengan mendiang Gianni Versace. Donatella, adik kepada Gianni juga mengagungkan Karl apabila Joe Sabia menemu bual beliau dalam Vogue, 73 Questions.
Karl, masih mengekalkan signature Coco, tweed and pearl. Segala tentang Coco masih kekal utuh dari segi silhouette, imej kelakian (
tomboy) dan rebellious Coco tapi aku mahukan sesuatu yang baru.
"Something Olde, Something New, Something Borrowed, Something Blue, A Sixpence in your Shoe" Haaa perumpamaan yang sebegitu!
Kini, House of Chanel telah memberi takhta Karl kepada Virginie Viard. Juga orang kuat kepada Karl. Virginie, pada mulanya berkarya di House of Chanel sebagai pelajar intern pada tahun 1987. Hampir lebih 3 dekad bersama Karl dan Chanel dan sekarang beliau diberi peluang untuk menjadi kreatif direktor. Tak sabar nak lihat koleksi terbaru dari Chanel yang telah dipegang oleh kreatif direktor baru seperti mana kita tidak sabar menanti koleksi Alexander McQueen apabila Sarah Burton menggantinya.
Okay.
Actually, this is not what I'm going to talk about.
Cukuplah kisah Karl sebagai muqaddimah.
I wanted to focus on what happened in this fashion industry lately.
Plagiarism.
Ayat yang cukup ringkas, tapi itulah apa yang kita perlihatkan sekarang.
Di mana mana saja. Tidak kiralah local designer mahupun international.
Kita sering bertanya mengapa mereka memplagiat hasil kerja orang lain? Apa fungsinya title designer yang diberi kepada mereka? Apa mereka kebuntusan idea? Tapi dimanakah tulang belakang mereka? Atau ego atas pendirian sendiri, yang apa aku mahu, aku mahukan jua?
Pada asalnya, aku agak bengang dengan cara mereka. Belajar habiskan duit beribu. Berilmu lebih puluhan tahunnya. Manakan bisa masih memplagiat kerja-kerja orang lain?
Kita lihat sendiri, Jeremy Scott, creative director kepada Moschino. Dituduh mengambil inspirasi dari hasil kerja bekas pelajar London College of Fashion, Edda Gimnes. Edda pula dikatakan telah menunjuk hasil kerjanya itu kepada salah seorang key person Moschino. Manakala Jeremy menindakkan tuduhan itu dan berkata idea scribbles-nya itu adalah penghormatan kepada founder Moschino itu sendiri, Franco Moschino dan mengilham idea-idea pereka itu tersebut coming to life.
As far as I know, in this fashion industry we carries inspiration from each other and we just a followers. We are not a Father of Haute Couture, Charles Frederick Worth. We are not Coco Chanel who invented pearl, the little black dress and trousers for women. We are not Christian Dior, who bring The New Look and until now we still in love and adoring that silhouette. Mahu pun Cristóbal Balenciaga, dengan rekaan dressnya tanpa side seam.
Saya faham, mungkin pada asalnya, we have to follow what costumer want. Takkan pula kita menyuruh mereka pergi ke couturier luar negara yang puluhan ribu harganya. Tapi apa pula rekaaan-rekaan yang mereka letakkan pada koleksi fesyen mereka? Bukankah kita perlu bangga dengan hasil titik sendiri? Idea-idea yang dikeluarkan sendiri dengan bebaris kerutan di dahi.
Apa gunanya assistant, junior, dan senior designer didalam rumah fesyen itu sendiri yang menggerakkan brand label itu tersebut? Ada masanya kita perlu mendengar pendapat orang lain. Pandangan mata-mata dari sudut yang berbeza.
Sampai bila anda mahu menyelak laman Pinterest dan keesokkan harinya mengeluarkan produk yang sama?
Seperti apa yang saya fikirkan apabila adanya hari minggu fesyen, itulah salah satu peluang dimana pereka-pereka fesyen menunjukkan kebolehan masing-masing dan identiti tersendiri. Ianya adalah salah satu platform untuk pereka-pereka berkarya. Tunjukkan seni anda yang tanpa limit.
I think I had enough to say what's on my mind even there is more.
Byeeeeeeeeee.